Tuesday, November 30, 2010

renungan bersama =)

hasil nukilan :
~ k hanim ~

Pada suatu petang....

berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu

yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung,

perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?"

Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je"

Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai.

Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya?

" Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku,

atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula

kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu.

Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache,

kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan?

Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun,

tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati

akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak"

Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang,

sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah.

Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun

kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang

besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa

kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan

" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi.

dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan?

Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.

Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun

memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar.

Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti.

Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan

galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'.

Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa,

asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya.

Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar

kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".

Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan?

Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan.

Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar

dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini.

Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen,

tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini.

Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum.

Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan

daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan.

Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting,

saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali.

Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu.

Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas.

Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan.

Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu

yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya.

Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?"

Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start"

Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir'

Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...

dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt'

saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...

kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

Monday, November 29, 2010

i luv dis song =)

SAHABAT SEJATI ~
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
kawan sampai mati =)

Sunday, November 28, 2010

terima kasih banyak banyak =)

23 nov - 25 nov 2010
~janda baik~
*jammerz 2010 only*
dear jammers ...
tenks a lot korg =)
haha even bese2 je kat janda baik tuh ..
dengan segala konflik ..
masalah duit+rancgn xteratur sgt ..
ak ttp akn rindu gler korg ..
seyezly~
aduhai ..
mende2 camne larh membuatkan ak xnak masuk form 5..
klas sama xpe lagi ..
neyh len 2 klas...
masalah nye lagi membosankan ..
tape larh..
redha ..
ini sume ujian,,
same gn f3 dulu...
arap2 ada kebaikan di sebalik sume neyh...
lastly ,
tenks a lot jammerz ...
korg yg dpt klas bez2 jgn lupe kteorg ..
basyir jgn nyesal xg..
t after spm kte wat jm only~
haha trok tol ..
ucop~gempak je ..
last day ~
bbq walaupun hujan renyai renyai
team yg gempak ..haha~
una .. bola dy best =)
budak laki ... xmen tido ..itulah mereka ..=.=
semangat membakar ,,
cheeeeeeseeeeee!!!!!

Friday, November 26, 2010

awak...saya sayang awak..awak baca tau..

saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??

awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??

awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..

memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak

xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya

kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak,

saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya

perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..

saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat

nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila

dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..

xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit

awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..

tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..

awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..

saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..

mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..

saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..

nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal

awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak

ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2

Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..

boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau

la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..

saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..

tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni,

kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc,

mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb

saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..

dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..

Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x

sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya,

dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..

jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima

org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri

saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..

baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak

dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..

tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..

awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah

awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn..

.sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami

yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak

sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari

awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..

tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..

suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..

tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..

saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..

untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..

takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??

camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..

tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??

malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak,

utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??

saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..

utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu.

tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..

nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..

kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..

awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari

yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...

tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..

insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari

tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??

saya nak jadi bidadari awak..

awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..

saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..

sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak

kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai

panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..

saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..

awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..

SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY..

n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..<3<3<3

p/s : pengajaran bersama =)

Monday, November 22, 2010

gud luck sis =)

bismilahirahmanirahim
(special for my beloved sister ^.^)
i love you so damn much
akaq..
buat leklok taw sok...
9A+ mesti leyh nye...
angah akan doakan akq..
and of course whole family =)
remember ALLAH always...
akaq..
kalau akaq dapat result gempak..
doakan angah lak..
tahun depan angah lak taw2!!!
doa angah dapat 11A+ ..
angah nak baba+mama bangga gn kita sume =)
akaq ..
angah doa akaq dapat fly..
australia o purdue university...
akaq doa angah gak..
dapat g jordan o mesir..
nanty kte sama2 fly taw2!!!
haha~
akaq..
kita kena jadi cth terbaik utk
ammar solihin ..
amirul adli ..
umi adilah
umi afieqah..
nanty dorg mesti nak jadi cam kite gak ..
hhaha x pasal je
akaq ..
pape un..
igt esok ..
try ur best ..
do ur best..
ALLAH do the rest ya sis !!
lastly ..
igt ALLAH..
igt rasullulah..
igt baba + mama..
igt angah ..
haha~
banyak banyak selawat nanti taw...
wish u best of luck =)
take care sis !!!
luv u ~

Surat adik untuk abang :(

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..
Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu....hmmm..;(
Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus
surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..
2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab
puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan
aku..Aku x tenang..
Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong.
.Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa
membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku
kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu..
Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..
“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5..,
Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku
sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai
mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu,
ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..
Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik
kisah pon sal hal tu..
Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap
“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde,
ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.
.Jangan sesekali biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah,
ko belikan aku pengikat rambut warna biru,
sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak
kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink.
Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..
Sampai sekarang..
Abg, ko ingat x..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..
Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru
ko balik dan xpernah cakap ngan aku,
Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon.
.Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.
Ko x penah ucap terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat x..
Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah,
Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit
dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang
aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..
Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..
Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur,
umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang
ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan
bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..
Kenapa abg??
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur
ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..
Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi
pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2?
Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa
sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…
Yelah.. Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena
makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak k
otak2 kecik serta sampul2 surat..
Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…
dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang
engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..
Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Y
ang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku,
ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih
berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat
rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa
bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan
pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku
letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..
Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan
lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh
itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup
melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..
Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..
Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..
Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..
Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..
Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..
Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca
kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..
Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..
Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku
makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak
tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan
matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau
banyak berkorban untukku..Kau menyediakan
makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup
untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..
Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku
untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah
kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa?
Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu
aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat
sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..
Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan??
Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..
Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak d
ibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari
pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu
lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..T
api aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci
kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku,
sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..
Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan
menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..
Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.
.Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana
badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, s
erta pernafasan aku sudah tak selancar dulu.
.Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas
dan pandanganku yg makin kabur..Aku
terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor
menjangkakan aku xkan bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..
Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..
Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku
belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..
Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah
untukmu pada tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..
Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang
ingin aku katakan..
Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan
pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh
supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku
TERIMA KASIH.
Untuk melemparkan senyuman dan
salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka
aku tidak suka, TERIMA KASIH.
Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak
bisa aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH
Untuk segalanya yang kita tempuhi,
suka mahupon duka, TERIMA KASIH.
Adikku sayang..
sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik
kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..
Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..
Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan
airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu
hadiah yang dikatakan..
Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis
nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…
Aku meraung sambil menatap hadiah itu..
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…