Sunday, October 23, 2011

:)

my soul :)


baiklah,
dah abis da cuti 3 hari, memang sangat sekejap. tapi balik paling tekun kot. banyak gak homework siap :)
then malam nie kelas fizik seperti biasa, esok start pecutan akhir untuk chemist, addmath, mathmode, bio, english. then abis sume kelas, fokus 100% for SPM.






14 november 2011,
tinggal lagi 21 hari for spm,penentu hidup mati, masa depan segala galanya. *hati dup dap dup dap* cuak tahap giga punya larh. so really really hope dapat score terbaik. firstly, untuk MAMA and BABA yang banyak berkorban hantar jauh jauh sepanjang 5 TAHUN. orang lain dekat, aku jauh so kena prove lebih sket. next for my beloved TEACHERS yang tekun, istiqamah ajar kami. TERIMA KASIH CIKGU :) next of course for ALLAH and ISLAM. WE as a muslim can do the best. prove to all non muslim we are the best :)




actually next week balik lagi, for raya haji :) then a week before spm. warghhh . tolong aku :( everybody, please leave me some kata kata semangat :) i really really need it. now i'm trying to do the best. 

kalau cakap pasal spm, zaman sekolah kompem cuak, sedih, takut, nervous. sume la ada. 

so lastly from me :)

kepada all readers and followers, pray for us. SPM CANDIDATES 2011. wish us luck.

di kesempatan ini juga nak cakap sorry sangat sangat kalau ada wat salah dan silap, terkutuk, termengata, termengumpat, tersalah kata, terlanjur bicara, dan segala galanya sorry sangat sangat. ampunkanlah diri yang hina dan dina ini. okay??

p/s : kalau ada sebarang hutang sila tuntut okay? takut terlupa :)

....UMIASIERAHAMIRUMIKALTHUM.backtosepintar.11A+SPM2011....



Saturday, October 22, 2011

PELINDUNG VS PEROSAK



Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.






Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?


Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah. 


Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah? 


Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


Wahai 1ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!


Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri. 
Jadilah kalian pelindung yang sejati, 
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi, 
sampai tiba saatnya nanti...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar? 

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan? 

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan 2husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah? 

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?




Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?


(Hadis riwayat lmam Muslim)


Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja. 


Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.



Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.





Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"


Aku menjawab, "Ya, benar." 

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad) 



Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.


pandangan aku :)

bismilahirahmanirahim

as usual
dok rumah nie banyak dugaan nya
nasib baik 3 hari je
jadual disusun dan berjalan dengan baik

actually
belakangan nie sentiasa sebak, sedih .
ntah la nape,
btw i must face it!
bape minggu je lagi

mengenangkan banyak sangat musibah bertimpa timpa tahun nie
masalah disiplin tak selesai selesai
dengan aku pun tak serik serik
still buat salah

peraturan makin ketat, lagi sakit hati bila junior yang tadbir sekarang, sometime bila fikir nak mengamuk tue memang totally salah dorang la. bila fikiran dah boleh fikir rasional, nak salahkan dorang pun tak boleh sangat sebab memang tue amanah dorang, btw macam jaga pagar tue tak yah la bagi taklifat kat form 5. dah la balik lambat pastue azan awal sape sempat nak siap, sampai nak kuar pegi solat orang jaga pagar wat muka kerek, bengang tak senyum pastue bagi taklifat. nasib baik tulis je bole buat buat tak nampak. sangat tak senonoh. tapi nak wat camne daripada sakit hati effect study better tak yah tengok wat bodoh walaupun hakikatnya hati dah membara. kalo tahun lepas dah kena serang dorm da. tapi tahun nie malas la nak cari pasal. kiteorang taw apa yang kiteorang rasa. wat tambah dosa, ngutuk ngata, buang masa, better prevent it. cukup la kiteorang cakap tyme mathurat. nasib baik ada perubahan. *semua taklifat except form 5 :)*

then,
spotcek dorm+klas da buat. tak dapat nafikan memang banyak barang haram. fon,mp3 dll. n sekolah sangat tak puas hati bila charger belambak fon sikit. nak wat cner. hurm tapi tolongla adik adik exco form 4 tak yah nak mencari barang haram boleh tak? kalo terjumpa lain cita la, tak yah nak g selongkar sesuka hati. da nampak rezeki. tapi kalo tak nampak nak cari juga tu bala namanya. macam korang tak penah buat je. tolong la. tahap genting nie, dengan banyak masalah tolong tak yah nak tambah masalah boleh tak.korang diagnostik dengan aman, kiteorang spm dengan sejahtera. oke? tahun depan korang nak kuatkuasa segala benda buat la. but please tolong la jangan end of the year 2011. please :) cakap cara baik nie.

seterusnnya,
spm memang sangat hampir. nak cover 11 subjek. harap sangat boleh. takut la. really hope dapat stret a. 11A+ memang kalo bole nak, tapi usaha macam tak cukup je. sekarang masa untuk enjoy zaman persekolahan habishabisan and pulun SPM betul betul. tak nak menyesal di kemudian hari. at least 8A+ la, lawan akak dan dia :) cita cita di kemudian hari? entah la maybe dentist tak pun economics :) mana ada rezeki kat situlah aku. local o overseas tak kesah la. asalkan belajar.

winninng eleven,
lagi berapa bulan, hari, jam, minit, saat, je lagi kita akan bersama. really really hope udah udah la gadoh, wat hal, cari pasal. stop it, stop everything. fokus spm tue. dah dekat da. aku yakin kita boleh kalau semua usaha yang terbaik oke?

lastly,
everybody please pray for us. SPM CANDIDATES 2011. 9A+,10A+,11A+.
insyallah nothing impossible.
make our parents, teachers, schools, seniors, juniors proud with us okay?

by: 
umiasierahamirumikalthum
11A+SPM2011

"ya ALLAH, ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa guru guru kami serta umat islam.
ya ALLAH kami mohon kepada mu ya ALLAH dalam masa yang singkat ini tunjukkanlah kepada kami segala galanya yang kami tak tahu ya ALLAH, segala gala kesalahan kecuaian kami dalam peperiksaan supaya kami tak mengulanginya dalam SPM sebenar ya ALLAH.
kami tahu kami hamba yang lemah yang hanya bergantung harap kepada-mu, kami mohon ya ALLAH tunjukkan lah kami jalan yang benar berilah kami ketenangan , masa yang cukup, kejayaan dalam SPM. ya ALLAH engkau lindungilah kami dari segala gangguan manusia, jin dan syaitan ya ALLAH. redhailah kami, berkatilah kami, ikhlaskan hati kami ya ALLAH. jauhilah juga kami dari perasaan riak, hasad dengki, takbur, bangga diri dan segala sifat mazmumah.
bi iznillah ya ALLAH..."

amin ya rabbalalamin




Friday, October 21, 2011

at last :)

bismilahirahmanirahim

at last
home sweet home
tenks a lot RASYED as our KU minta balik
kalo tak balik pun aku tetap balik weekend nie =)

baiklah
even for the first ada konflik pasal balik nie,
kena tolak raya haji la, itulah inilah,
dengan ragam HEM tercinta lagi
nasib baik la tinggal bape bulan je lagi kat sepintar
then everything has change :)

masa masa
sungguh pantas dan efisien la
tup tup dah lima tahun berada di bumi sepintar en
banyak suka duka pengalaman pahit manis ketawa gembira lara teriak sume ade
that's great
and of course sangat teramat sedih untuk meninggalkan sume tue 
:(

yup, 
sekarang juz tinggal lagi 3 weeks for spm
preparation nta la
nak tunggu cukup macam tak akan sama sekali je

oke la
tak de m0od nak sambung citer


till next tyme :)
umiasierahamirumikalthum
11A+SPM2011