Sunday, June 30, 2013

1st July




Almost give up 
BUT
I believe






Dear you,
Thanks for everything.
Sorry for all my wrongdoings and imperfect me.



:)



One year.
*fullstop*

Tuesday, June 25, 2013

Life as a teacher :')

7 Mei 2013 - 3 Julai 2013

"Everything happen is not easy as you think"

Part One :) 
- Bila student tak reti membaca nak salahkan siapa?

--> Memandangkan pertama kali menjadi cikgu, idk why sungguh tersentuh bila lihat student dah naik darjah Empat tak reti membaca. Bahasa Melayu tuh, Orang Melayu lagi. Nak membaca masih merangkak-rangkak. Mengeja satu persatu. Terlintas juga dalam hati nak ajar dorang sampai betul-betul mengusai. Cukuplah kalau reti membaca. Tapi apakan daya. Nak menghadap 2,3 orang yang tak reti membaca je memang tak mampu. Yang lain akan dibiarkan. 

--> Tak dapat dinafikan student tuh sendiri MALAS. Malas nak belajar, malas nak buat kerja sekolah, malas nak menyalin ketika PnP. Malas segala-galanya. Datang sekolah sebab nak main dengan kawan kawan. Datang sekolah sebab mak ayah suruh. Datang sekolah sebab memang kena datang sekolah. Input dan output lain cerita.

--> Di sekolah, cikgu hanya mampu marah, tegur, tolong apa yang patut. Selebihnya pemantauan parents di rumah. Di sini, bukan nak salahkan parents, mahupun guru.

"Kalau setiap hari, bangun pagi pergi sekolah, petang sampai ke lewat malam tolong parents buka kedai.
Takde masa nak buka buku, takde masa nak ulangkaji pelajaran, 
takde siapa care what they feel."

Sebenarnya, 
Sungguh amat sangat kasihan kepada mereka. Kalau bahasa melayu tak reti nak baca, apatah lagi English. Macam mana nak jawab soalan periksa Sains, Maths semua tuh. The most important is, How about your Solah? Sedih. Pilu. Sebak. Kesian.

Macam mana masa depan mereka? Mereka sedar tak perjalanan hidup mereka masih jauh? Cabaran yang akan datang lagilah mencabar. Mungkin Allah mengaturkan jalan yang lebih baik untuk mereka hendaknya :') *penyedap hati*

Di sini, cuma nak sampaikan. Kita sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Untunglah kepada mereka yang celik celik je mata segala galanya telah disiapkan. Pergi balik sekolah ada yang hantar pergi balik. Duit belanja semua cukup. Makan minum sentiasa berlebih. Sedangkan dalam masa yang sama ada yang bangun pagi sebab atap rumah bocor, pergi sekolah jalan kaki mahupun naik basikal dalam keadaan berjerebu. Keluar rumah lebih awal sebab kalau lambat sampai sekolah Guru Besar tunggu depan pagar dengan rotan. Duit belanja pun takde. Nasib ada bantuan RMT. Takde yang kena ikat perut sepanjang hari. 

Tak semua merasa hidup senang. Tak semua merasa hidup susah. Yang hidup senang Allah memberi dugaan daripada cara yang berbeza. Apa yang penting sekarang, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. 

Believe me, 
"Allah tak pernah membebankan umatnya melainkan dengan kesanggupannya"


Dear my lovely beloved students,
Here some advice for YOU :')










p/s : Its really hard to say and keep writting what I feel right now :( 

by : 
Hamba yang tidak pernah berhenti melakukan dosa.