Thursday, June 2, 2011

KAWAN

bismilahirahmanirahim
at last
tiba jua di rumah
habis sudah PKA untuk seumur hidup =(
 sedih? agak r
hari last sayu hati tinggalkan dewan
haha memang lawak

PKA 2 much better
lepak sikit
tapi sedih sebab tak main main sangat
asal malam je asrama sunyi sepi
tak macam dulu
smpai kol 2 main badminton lagi =) 
kenangan je =.=!

sekarang cuti da mula
kena manfaat sebaiknya
wat homework, tolong mama baba
tak nak malas malas da

KAWAN?
kenapa dengan kawan?

kepada JEFFERZ =)

baiklah naik cuti nie maybe just a week stay kat jf pastue BUBAR , DARULHIKMAH nye pasal.
sedih? yup ! sangat teramat.t kena rombak klas lain kompem rasa lain sedih gak la sbb klas jf ramai pompuan bising no hal btw pasnie xleh da nak kecoh kecoh sangat n hopefully kuar klas JF nanti dapat masuk JM lar.byk membe sekepala =) tapi kalau masuk JA un redha je lar en =) asalkan WE .. tue pasal JF . senanyer nak cakap pasal lain tapi ntah larh .



kepada group addmath ku :)


syida,iqqy,ucop dan mizan .. aritue ak nak cakap tapi speechless.teremosi lebih lebih lak.haha baiklah kalau lah tue last group addmath kita aku just nak MINTAK MAAF banyak banyak kat korg kalau silap ajar,xtaw,xreti ajar dan xajar kew..maaf bebanyak dan semohga korg dapat mentor lagi gempak la :) then addmath kena faham konsep first then wat latihan banyak banyak.tue je dapat membantu.try usaha lebih.memang subjek susah bagi aku pun.tapi yang paling penting korg kena MINAT.BARU SEGALANYA OKE =) itu je kowt. semoga dapat terbaik tuk addmath SPM nanti =)



kepada WINNING ELEVEN :) 

haha congrats sume HARI GURU terbaik =) so nothing impossible ryte tok kita dapat SPM TERBAIK juga en? kepada yang bakal memasuki kelas ELIT sekalian bantu bantulah kami yang bukan di ELIT nie. sama sama naik oke.target gpk less than 1.0 .. try prove it.and of course stop buat hal sume orang.mintak redha mak ayah,cikgu cikgu dan yang paling penting PENCIPTA kita =) insyallah segala galanya akn jadi mudah. lagi beberapa bulan je nak SPM.lagi beberapa bulan je lagi masing masing akan bawa haluan sendiri,.so sebagai kenangan terakhir kita bersama aku harap sangat kita UNITE gila gila.tak de gado gado da. try naikkkan diri sendiri insyallah batch akan naik juga =) 
lastly, WINNING ELEVEN is my soul =)


by :
umiasierahamir
11A+SPM2011

like =)

sekadar untuk perkongsian bersama =)

Aku. Perempuan.



عليكم السلام
  بسم الله الرحمن الرحيم



Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden.
 Penuh tipu daya andai tersilap langkah. Merana. Aku perempuan yang
 benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta
 Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya.
 Sungguh mengasyikkan.


Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah
 jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh. Aku perempuan
 yang bukan begitu mudah untuk patah semangat. Heh. Aku 
perempuan yang tak takut dengan helah palsu kerana aku 
punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!


Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.








Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar
 di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku. 



Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan 
kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita. 
Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tapi,
 khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat 
suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.



Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah.
 Aku bangga mengenakan busana yang menepat
kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan
 auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar
 mereka memandang serong. Tak pernah tergugat 
usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun
 aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli 
sedangkan Dia adalah Pencipta?



Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. 
Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas 
mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung 
tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku
 kerana rupa. Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. 
Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi 
Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa 
yang harus kuutarakan saat Dia bertanya kelak.



Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka
 dan bergaduh, aku terasa seolah begitu hina! Seolah aku barang
 yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan
 barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut
 sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia. Kerana aku 
sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata 
kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan
 pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. 
Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.



Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku 
lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa 
yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu ‘anhu,
 “"Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa 
daripada berjalan di belakang seorang wanita."



Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati.
 Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. 
Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak. 
Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak.
 Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi
 perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita
 yang tidak memandang dan tidak dipandang
Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu ‘anha. Ini baru aku.









Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia.
 Aku mengatakan. Itu bukan aku.


Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama 
yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih!
 Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja
 perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat. Sedih!
 Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan
 bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka!
 Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan
 hadiah pertaruhan luimba haram. Sedih! Aku sayang mereka! 
Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
  


Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa.
 Menyayangi dan disayangi. Heh. Namun aku tidak akan 
begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan
 masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti. Hanya
 angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang 
menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri 
dan tidak memikirkan nanah yang semakin bernanah pada umat! 
Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.









Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta.
 Aku mengatakan. Aku bukan begitu.



Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan 
membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak
 bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara.
 Hanya mengenyangkan nafsu. Oh, aku bukan begitu. Kerana
 aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu fardu ain dan juga
 yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita
 yang beramal dengan ilmunya. Mencontohi Saidatina Aisyah yang 
cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga 
menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat
 dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.



Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya
 diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan 
terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka. Aku tidak suka melayan 
perasaan yang sia-sia sedangkan ‘dia’ telah ditakdirkan buatku.Aku 
mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Yang dengan 
ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat 
dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan 
perasaan khauf, takutkan Allah.








                
Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang.
 Aku mengatakan. Aku bukan begitu.



Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun
 akhirat kaya dengan amal soleh.Setiap detik bagiku amat berharga untuk
 aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. 
Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah 
penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.



Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. 
Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat
 Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk 
mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin 
aku akan lari atau mungkin aku akan… entah. Aku menangis.



Aku mahu seperti Rabi’ah Al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan
 tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba 
kepada raja yang zalim. Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang 
memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia 
di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. 
Tetapi aku…Aku menangis lagi.




Aku menangis. Menangis. Menangis. Namun, tangisan ini membuatkan 
aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku 
bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku 
tak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Heh. Aku bukan perempuan 
yang begitu. Lembik.



Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. 
Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung 
kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut!
 Aku bukan perempuan 
yang mudah kalah terhadap cabaran!



Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. 
Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani
. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut
 menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun
 tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.



Akan kukesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir 
dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu.
 Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri
 daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.









Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. 
Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.



"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, 
Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, 
mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
(An-Nisa', 4 : 13)


p/s: perempuan di atas umum, tidak merujuk kepada sesiapa. 
Hanya untuk renungan. Sekadar menyelami rasa.









 المرأة الصالحة عبارة عن لؤلؤة الدنيا
 Perempuan solehah ibarat mutiara dunia.



Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, 
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."









Dedikasi buat sahabat. Saya sayang awak. *peluk* =) Kuat!



Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya.


Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.


"Ya Allah…jadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman….ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan…
.buangkanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati dalam diri ini…
.Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku… 
Ya Rahim….jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi
 dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini…..Ameen......"




berubah itu sangat teramat susah. 
tapi dengan keyakinan dan istiqamah walaupun sedikit itu sudah memadai 

Sunday, May 1, 2011

11A+ bersama :)

bismilahirahmanirahim

What hits you is meant for you and what misses you is not for you...
What is destined for you will reach you even if it be underneath a mountain but...
What is not meant for you, will not reach you even if it was between your two lips..

Don't be sad... 
Always SMILE and have hope in Allah and that tomorrow is better, insha Allah.


today
already 1st may 2011
masa sangat cepat dan pantas
 it's mean
SPM just around the corner
and now
I'm still prepare for mid year exam
I want to be top scorer =)
MINIMUM 7A
MAXIMUM 11A
of course 


alhamdulillah,semua aktiviti sekolah hampir tamat untuk saya =)
dan sekarang fokus untuk MID TERM sepenuhnya dan SPM ..
 
 
PERHIMPUNAN RUMAH
 
firstly 
tenks to RUBY FIVE
maintain no 3 dorm terbaik =)
tingkatkan PKA n INSPECTION oke?
korang memang gempak dan terbaik :)
secondly
MERAH again
sangat teruk
sebab xde menang satu anugerah pun
sorak siap kena marah agi sbb kutuk rumah lain
walaupun kami xrasa macam tue en
xpe r
tapi MERAH
come on la
kita kena dapat balik KOKURIKULUM tue
sangat penting kot
dah bertahun kita pegang mende tue en
btw it's oke
we still have time
to be the winner again for this year =)
 
 
 
KAWAD
hari itu baru je abis kawad sekolah dan daerah
actually sangat sedih xdapat maintain top 3 daerah
tapi bersyukur sangat sangat still maintain JUARA sekolah =)
memang sangat banyak konflik yan jadi
xtaw nape terok sangat
biarlah sume nye terkubur+tersimpan 
anyway untuk dak kawad krs tenks a lot :)
 
 
 
 
 MINGGU ASPRIASI UMMAH
 
minggu yang menarik mungkin
congratz to BADAR sebab EDI korg memang gempak ;)
sketsa form 5 berjalan dengan jayanya
walaupun terpaksa ulang alik asrama nak cari projector punye pasal
stay kat skula sampai kol 7 dan tak makan semata mata siapkan slide form 5
dan akhirnya berjaya malam tue walaupun ada masalah sikit
sketsa berjaya wat adik adik dan cikgu gak menangis
almaklumlah WASIAT UNTUK ADIK ADIKKU kan ;p
seriously malam tue sedih sangat mengenangkan saat saat akhir form 5
nasib baik xjadi macam malam malam tahun sebelum nie
mesti ada serangan+gangguan dari pihak pentadbir
lastly tenks WINNING ELEVEN for the great ENTERTAINMENT maybe
btw yang sadisnye
MERAH kalah
really really frustrasted
kenapa,kenapa dan kenapa?
tak tahulah en
even banyak menang tapi still tak berjaya
hopefully
MERAH maintain juara
please RUBIANZ support AMANI and BIDIN
to izzudin tolong larh support MERAH =(




MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 
tahun tak de rezeki la naik pentas
sadis juga tapi apakan daya :(
hope next year dapat la en
as pelajar 11A+ SPM 2011
:) ameen (:
tapi MAC tahun nie xmeriah langsung
for me la
even PN ASHAH SAMAH datang
tahun lepas lagi grand la kot
dan macam macam kontrovesi dengar
kepada yang berkenaan
yang sepatutnya dapat hadiah
TERBAIK SAINS AGAMA
BAHASA ARAB TINGGI 
kuatkan hati dan tabahlah anda menghadapi ujian ini
WE sangat mendoakan anda mendapat 11A+
bagi buka mata pentadbir tuh!
 
juz believe this phrases
Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan 
dan jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan. sebab demikian hidup ini diciptakan.
-Imam Syafie-
 
 
 
 
MID TERM 2011
 
sekarang tengah periksa
dan kami boleh balik
so balik itu satu kemestian =)
please everybody
pray for me and for winning eleven
bagi ramai ramai dapat makan dengan pengetus
seriously cam nak masuk kelas elit tue
tapi takut xsanggup
btw if there is the best
ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik dan termampu untuk diri ini
11A+ untuk semua =)
ingat target sekolah 
10 orang straight A+
63 orang straight A
target ASHAH SAMAH
140 orang straight A
dgn gred purata 0.75 melawan SASER
hush that's miracle
*bak kata cikgu marlina*
but nothing imposible ryte?


baiklah
mungkin sampai sini je kot
next post tak taw biler
balik lambat lagi
kepada sume pembaca
doakan kami WINNING ELEVEN
straight A+ altogether
doakan rumah MERAH terus gempak
doakan kami menjadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang 


till next post
umiasierahamirumikalthum
11A+SPM2011
winningelevenproduction