Monday, November 22, 2010

"Abah, bagilah balik tangan Ita."

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja
yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan
melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti
bergenang air mata. Walaupu manusia memang
sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang
dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan
mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang
kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah
telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh
menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam
melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..
terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..
sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun
melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi
kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan.
Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana
kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja
kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, l
ukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran
ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak
dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat
wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya,
dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?'
herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba
berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya
ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami
apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok
bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak
tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula
belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan
diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman
yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu
nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih,
namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan
kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas,
si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah
segera memeluk dengan penuh sayang dan duka,
cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak
kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil
menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu
pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar
itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak.
Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!'
balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu
mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya
kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya
ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah,
dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya
bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita
bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana
keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik
doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua
tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang
sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong
dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan
terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya
tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati
dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang
dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya
berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah
pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka
semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak
yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.
Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.'
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis
dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....
'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..
Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana?
Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,'
katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi,
tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh
kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


Thursday, November 18, 2010

alhamdulillah~

bismilahirahmanirahim ..
....................
......................
nothing to say
btw
kali nie nak cakap sal
SBP~
yup..
before this ak xaser pape un bile skula kat SBP..
sampai larh semalam..
ader sorg neyh mesej ak..
dan dia cakap..
mula- mula sembang2...
then dalam topik yang dibincangkan
dia cakap ;)
"ala rajen gler.. tabik sume SBP.."
pastue aku reply ..
"lawak!masalah doe dok sbp nk maintain la segala bagai.. ..."
"ada hikmah disebalik sume nie..ko nye masa depan cerah.."
"i.allah...overseas~tue harapan ak kowt!!tp nta r nek f4 result cm pe je!!
nceb bek x fail .."
"ok r tue...dr ak ad je fail gram towl~"
"lpak r ko xtaw btape tensionnye dok skola..
dgn xabeh silibus+s2d+mggu pekse yg lama!menyeksakan!
tiap mlm stay up smpay
kol 3 pagi then gado gn f5 nye la bagai..!
ckup tertekan!!"
"saba2 tue dugaan ko...utk pegi overseas..saba eyk..huhu.."
dan seterusnya yang x berkaitan..
tenks to him~
yg membuat ak aser terharu+bersyukur..
HAHA~
baru aser bersyukur gak dapat SBP..
homework yg banyak ;)
itu sume utk kecemerlangan kita arn ...
ALHAMDULILLAH...
oke larh..
merepek repek je post kali neyh..
haha~
till next post...
by
umiasierahamir
11A+ SPM 2011
5 hari lagi JANDA BAIK ~

Wednesday, November 17, 2010

5 JF 2010

" tetepi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu
sedangkan ia baik bagi kamu
dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu
sedangkan ia buruk bagi kamu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..."
-surah al baqarah ayat 216-
"ALLAH beri apa yang kita perlu
bukan apa yang kita minta..."
dengan ayat-ayat inilah aku mendapat kekuatan
untuk menerima hakikat bahawa
aku dimasukkan ke dalam kelas 5 JF 2011...
bukan disebabkan sikit laki ramai pompuan,,
tapi tolonglah tengok ahli-ahlinya =(
memang sedih gila tyme dapat tahu masuk JF..
tambahan lagi terpisah jauh dengan dak klas 4JM 2010...
lagilah...
yang still JM masuk JF..
cumalah alya dan atikah...
takpe lah..
maybe it was blessing in a disguise...
apa-apa pun diharapkan dapat dikuatkan segala-galanya..
dalam mengharungi segala pahit manis
perjuangan sebagai FORM 5 ...
walau apapun terjadi...
SPM tetap akan berlangsung
dan keputusan cemerlang senitiasa dinanti-nantikan =)
i.ALLAH...
apa yang kita usahakan kita akan dapat =)
lastly
untuk 4 JAMMERZ 2010..
tolonglah..bagi the best memory
utk kita sume tyme JANDA BAIK naty..
mengarap gila sume berjalan lancar =)
tenks for everything dear ;()
till next post ..
umiasierahamir
11A+ SPM 2011