Tuesday, June 25, 2013

Life as a teacher :')

7 Mei 2013 - 3 Julai 2013

"Everything happen is not easy as you think"

Part One :) 
- Bila student tak reti membaca nak salahkan siapa?

--> Memandangkan pertama kali menjadi cikgu, idk why sungguh tersentuh bila lihat student dah naik darjah Empat tak reti membaca. Bahasa Melayu tuh, Orang Melayu lagi. Nak membaca masih merangkak-rangkak. Mengeja satu persatu. Terlintas juga dalam hati nak ajar dorang sampai betul-betul mengusai. Cukuplah kalau reti membaca. Tapi apakan daya. Nak menghadap 2,3 orang yang tak reti membaca je memang tak mampu. Yang lain akan dibiarkan. 

--> Tak dapat dinafikan student tuh sendiri MALAS. Malas nak belajar, malas nak buat kerja sekolah, malas nak menyalin ketika PnP. Malas segala-galanya. Datang sekolah sebab nak main dengan kawan kawan. Datang sekolah sebab mak ayah suruh. Datang sekolah sebab memang kena datang sekolah. Input dan output lain cerita.

--> Di sekolah, cikgu hanya mampu marah, tegur, tolong apa yang patut. Selebihnya pemantauan parents di rumah. Di sini, bukan nak salahkan parents, mahupun guru.

"Kalau setiap hari, bangun pagi pergi sekolah, petang sampai ke lewat malam tolong parents buka kedai.
Takde masa nak buka buku, takde masa nak ulangkaji pelajaran, 
takde siapa care what they feel."

Sebenarnya, 
Sungguh amat sangat kasihan kepada mereka. Kalau bahasa melayu tak reti nak baca, apatah lagi English. Macam mana nak jawab soalan periksa Sains, Maths semua tuh. The most important is, How about your Solah? Sedih. Pilu. Sebak. Kesian.

Macam mana masa depan mereka? Mereka sedar tak perjalanan hidup mereka masih jauh? Cabaran yang akan datang lagilah mencabar. Mungkin Allah mengaturkan jalan yang lebih baik untuk mereka hendaknya :') *penyedap hati*

Di sini, cuma nak sampaikan. Kita sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Untunglah kepada mereka yang celik celik je mata segala galanya telah disiapkan. Pergi balik sekolah ada yang hantar pergi balik. Duit belanja semua cukup. Makan minum sentiasa berlebih. Sedangkan dalam masa yang sama ada yang bangun pagi sebab atap rumah bocor, pergi sekolah jalan kaki mahupun naik basikal dalam keadaan berjerebu. Keluar rumah lebih awal sebab kalau lambat sampai sekolah Guru Besar tunggu depan pagar dengan rotan. Duit belanja pun takde. Nasib ada bantuan RMT. Takde yang kena ikat perut sepanjang hari. 

Tak semua merasa hidup senang. Tak semua merasa hidup susah. Yang hidup senang Allah memberi dugaan daripada cara yang berbeza. Apa yang penting sekarang, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. 

Believe me, 
"Allah tak pernah membebankan umatnya melainkan dengan kesanggupannya"


Dear my lovely beloved students,
Here some advice for YOU :')










p/s : Its really hard to say and keep writting what I feel right now :( 

by : 
Hamba yang tidak pernah berhenti melakukan dosa.

Tuesday, April 30, 2013

Classmate #Z2

Bismillahirahmanirahim

I thought its already late to talk about this but Never late than never right?

First of all, perasaan pertama dapat tahu kelas Z2 agakla menghampakan. 
Tapi xpe la, nak buat camne pun. Just can hope the best je la time tuh en :) 

Then, tetiba tup tap tup tap ada rombakan kelas gara gara ramai sangat keluar dan ada yang satu kelas sikit sangat. Alhamdulillah stay kat Z2 juga then budak Z3 masuk as a new member. Some of the Z2 masuk Z1. 

Everything become better and better. Ketua kelas kami, Amir Faris seorang yang hensem, kacak lagi bergaya *kata kata Madam Rajes* Even macam pendiam tapi bila bersembang panjang lebar ceritanya. Orangnya bijak pandai lagi smart gituuuu.

       
*Dia memang senyum cenggitu, jangan dipersoalkan kenapa :) walaweehhhhhhh! *

Papepun there's a lot of thing we all do it together.
Johor, Melaka, I-city, Burger Bakar, Sg Congkak, Satay Kajang, Bukit Simen, Berbuka bersama, Jamuan Hari Raya di tepi tasik, Makan Durian dan macam macam lagi.
Next trip, I.ALLAH Kalumpang.
Kami kaki merayau. Asal ada kete semua plan jalan.

Roughly about my classmate, 

copy paste from Facebook by- Syahir Azreen :')

setiap yang bertemu pasti akan berpisah..
lumrah kehidupan yang tidak boleh di sangkal atau cuba di ubah..
aku akui yang aku sayang sangat dekat budak-budak kelas z2
..dari penghuninya..lecturer yang mengajarnya..sampai lah kerusi meja yang ada dalam kelas tutorial tu..dhla kelas tu dicop sbg kelas paling kurang english,,tp perangai masing2,,xyah ah ckp an,,
semua tu kenangan..kenangan yang tak boleh aku cipta atau orang lain reka.. semenjak habis pasum ni,,=(

aku rindu nak duduk dekat kuliah adk..
aku rindu nak dengar suara Neezam gadoh gadoh dengan Ridhwan..
aku rindu nak rasa bengang dengan Amir Shahid sebab suka ati kepala dia membuta time lecturer ajar..
aku rindu nak gedik gedik dengan Amir Faris..
aku rindu nak gosip gosip dengan Princess Aisah..
aku rindu nak dengar lawak Nuha yg pelik2..
aku rindu nak tgk mke Haikal yg kerut2 bila masuk tutorial..
aku rindu nak luangkn mase dgn Umie and Weena..
aku rindu nak kacau Mas tarik lagu teman pengganti ..
aku rindu nak tengok Azi yang sangat comel..
aku rindu nk borak2 dgn Shulhanis.
aku rindu mase Dr Majid kena kencing dgn Najih pasal tak datang kelas
aku rindu nk kacau2 Atiqah dengan Amalina
aku rindu nak tgk muka Ummie gelabah bila ada masalah..
aku rindu nak tgk Zul dengan Aufa yang asyik berkepit je ..
aku rindu nk kena perli dgn Faez sbb tak datang lecturer...
aku rindu nak tengok Suliana bebel kat ak masa oral presentation..
aku rindu nak belajar dgn kwn2 yg tersangat sempoi n kelakar
aku rindu nak buat huru hara sambil drop orang

aku rindu nak buat semua tu

kalau lah aku boleh rasa semua tu lagi..
tapi masa tetap akan berlalu dan hari tetap akan bertukar kerana
esok tetap esok dan bukannya semalam..


Enough membebel, lets le pictures tell everything :)









Cover Photo
















Maka di kesempatan ini, dari hati yang jujur dan ikhlas serta diri yang hina lagi dina ini ingin memohon seribu kemafaan seandai sepanjang perkenalan kita ada salah dan silap. Mohon ampun dan maaf di atas segaa kesalahan dan juga andai kata ada terumpat terkutuk terhina termaki terasa terambil apa apa dan segala galanya. Mohon halalkan segala makan minum, terkurang dan terlebih duit minyak dan segala ilmu. Honestly korang memang awesome, lepak tapi gempak*result semua nak 4flat je en* 

Then, Terima kasih yang tak terhingga kepada korang sume yang sentiasa ada di kala susah dan senang *nak xnak kena sama juga sebab hari2 jumpa* berjalan tanpa jemu, bersuka ria sentiasa in the same time still study dan result gempak. Tanpa korang hidup aku kat PASUM ni umpama satu persinggahan sementara yang sia sia. HAHA

Last but not least, wish all of you best of luck. Ke mana pun kita pergi lepas ni, walaupun kita jauh di mata tapi tetap dekat di hati. Tetap di bumi ALLAH yang satu ini. Moga ALLAH sentiasa murahkan rezeki kita semua. Good luck in whatever you do and uhubukufillah. Lillahitaala panjang umur murah rezeki kita jumpa suatu hari nanti.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. May ALLAH bless us.

sincerely,
umiasierahamirumikalthum