Monday, July 8, 2013

Welcome Ramadhan :')


Ahlan Wasahlan Ramadhan :) 


"Wahai  orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
(Al Baqarah Ayat 183)


Rasulullah saw bersabda: “Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka” 
(HR. Ahmad)


” Syurga memiliki 8 pintu, salah satu daripada pintu syurga adalah bernama pintu Raiyan yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa, tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka yang berpuasa sahaja “




Kelebihan RAMADHAN

1) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
  2) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

  3) Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa
i) bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah
ii) bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah
iii) bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
  4) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
  5) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
  6) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di    dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
  7) Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  8) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Lets top up our Iman.

" BERLUMBA-LUMBALAH kamu untuk mendapat keampunan Allah, dan syurga seluas-luas langit dan bumi , yang disediakan kepada orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya , Itulah kurnia Allah yang diberikan kpd sesiapa yg Dia kehendaki , Dan Allah mempunyai kurnia yang besar "
( 57:21 )


” Sesiapa berpuasa dengan penuh keiamanan, maka Allah SWT akan mengampun semua dosa yang telah dilakukannya. “


umiasierahamirumikalthum

No comments:

Post a Comment